Ya Ampun, rindunya nak menghapdet! Hakak busy sikit plus ada problem dengan PC. Nak bukak blog terchenta tak boleh. Tapi harini Alhamdulillah semua dah okay. So, kena Qada' la post review hari ni.
Walaupun bulan lepas punya cerita, hakak nak hapdet jugak. Hari Sabtu , kebetulan Encik Shuben hakak cuti. Jadi, kami plan ke Genting Highland. Hakak selalu dah naik Genting ni dengan family. Tapi kali ni kami decide nak naik kereta kabel.
Bila baca review blogger lain, ramai yang cadangkan naik pagi supaya tidak beratur panjang sewaktu nak beli tiket kereta kabel. Tapi, En. Shuben tak mahu pulak. Katanya tak mahu rushing dan nak santai mak limah je haritu. Hakak ikut jelah. Sebelum bertolak kami makan di Gombak dan sampai atas dalam pukul 1 lebih. Tengahari kan, tak rasalah sejuknya.
Sewaktu nak beli tiket pekerja kaunter tiket tu suruh kami beli di Kios Tiket Layan Diri. Masa ni takde lah ramai sangat sangat.
![]() |
| Kios Tiket Layan Diri |
Ini harga tiket. Sorrylah senget sikit. Rushing sikit ambil gambar waktu ni. Kami beli tiket Standard Gondola RM16: Return. Manja FREE. Senang beli sekali untuk return, nanti balik tak payah beratur lagi.
Jom layan gambar.
![]() |
| Ala-ala balai berlepaslah ni. Standard Gondola Lane C ya. |
![]() |
| Beratur. 1 Gondola campur-campur ikut muat. |
Tinggi kan. Tapi manja steady je. Hehe Waktu naik tak rasa gayat. Waktu turun baru terasa tingginya. Dah turun kereta kabel tu kami ke Sky Avenue. Shopping mall baru kat Genting yang besar dan cantik sangat.
![]() |
| Good girl mama. Well behave. |
![]() |
| Yeay! One happy family. |








No comments:
Post a Comment