Nov 10, 2017

Tempat Makan Terbaik di Johor Bahru

Assalamualaikum, 

Baru-baru ni hakak balik Johor. Balik kampung tapi tido hotel di Bandaraya Johor. Camne tu? Haha Saja-saja bawak mak ayah jenjalan. Kami ni nama aja orang Johor tapi tak pernah berjalan di JB. Sejak kahwin barulah dapat tengok JB tu. Haha

Hakak ada pergi dua tempat makan yang hakak dan family rasa sedap kat JB ni. Kat KL takde belum pernah jumpa. Jom layan.


Tengok papan tanda pun dah sedap
Dah lama teringin nak makan. So En.Shuben gigih jugak cari. Kami sampai kat sana dalam jam 12 tengahari. Layanan yang diberikan oleh adik tauke terbaik. 

Ada macam-macam jenis murtabak. Yang ini kami order. Terbaik👍
Murtabak Ayam Cheese

Murtabak Daging Cheese

Dua-dua sedap! Pemurah betul dia bagi cheese. Bagi penggemar cheese memang layanla. Ada disediakan sekali sos cili dan kuah kari. 

Senarai menu dan harga

Pada sebelah malamnya pulak kami ke kedai makan ni. Lokasinya agak tersorok. Kedai makannya pun mcam tangkap muat aja. Konsep asal boleh. Tapi makanan sedap.👍



Mee rebus tulang

Sup tulang
Dah nama pon kedai Sup Tulang kan..rugilah tak cuba hidangan utamanya. Dua-dua hidangan terbaik. Untuk penutup kita layan gambar jantung hati mama. 


Nyawa Mama Dunia Akhirat

Nov 9, 2017

Short Gateway di Genting Highlands

 Assalamualaikum, 

Ya Ampun, rindunya nak menghapdet! Hakak busy sikit plus ada problem dengan PC. Nak bukak blog terchenta tak boleh. Tapi harini Alhamdulillah semua dah okay. So, kena Qada' la post review hari ni. 

Walaupun bulan lepas punya cerita, hakak nak hapdet jugak. Hari Sabtu , kebetulan Encik Shuben hakak cuti. Jadi, kami plan ke Genting Highland. Hakak selalu dah naik Genting ni dengan family. Tapi kali ni kami decide nak naik kereta kabel. 

Bila baca review blogger lain, ramai yang cadangkan naik pagi supaya tidak beratur panjang sewaktu nak beli tiket kereta kabel. Tapi, En. Shuben tak mahu pulak. Katanya tak mahu rushing dan nak santai mak limah je haritu. Hakak ikut jelah. Sebelum bertolak kami makan di Gombak dan sampai atas dalam pukul 1 lebih. Tengahari kan, tak rasalah sejuknya. 

Sewaktu nak beli tiket pekerja kaunter tiket tu suruh kami beli di Kios Tiket Layan Diri. Masa ni takde lah ramai sangat sangat. 


Kios Tiket Layan Diri


Ini harga tiket. Sorrylah senget sikit. Rushing sikit ambil gambar waktu ni. Kami beli tiket Standard Gondola RM16: Return. Manja FREE. Senang beli sekali untuk return, nanti balik tak payah beratur lagi. 

Jom layan gambar. 

Ala-ala balai berlepaslah ni. Standard Gondola Lane C ya. 
Beratur. 1 Gondola campur-campur ikut muat.



Tinggi kan. Tapi manja steady je. Hehe Waktu naik tak rasa gayat. Waktu turun baru terasa tingginya. Dah turun kereta kabel tu kami ke Sky Avenue. Shopping mall baru kat Genting yang besar dan cantik sangat. 

Good girl mama. Well behave. 

Yeay! One happy family.