Dec 12, 2017

Masakan Masak Lomak Cili Api Terbaik di Negeri Sembilan

Assalamualaikum, 

Entry kali ini kita akan terjah daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nak terjah buat apa? Nak cari masak lomak cili api terrrrbaik. hahaha

Sebenarnya kedai ni diperkenalkan oleh ayah hakak. Dia yang recomend dan bawak hakak makan. Tak silap hakak kedai ni pernah masuk dalam TV. Tajuk dia maaf tak hengat. Tapi, yang makan waktu tu Sari Yanti. Dio kan orang Pilah. Haha

Perjalanan dari Selangor ke Kuala Pilah dalam masa sejam lebih kot. Kalau ikut Lekas, lekas jugakla sampai tapi banyak sangat tol. Yeah! I mean it. Banyaaaak. Satu hala dah RM 18 camtu (Anggaran tak tepat). Tapi rasanya ada laluan lain. Hakak tak mahir bab-bab ni. 

Nak ke kedai ni kita akan melepasi kawasan rekreasi Air Terjun Ulu Bendul. Nak singgah mandi manda dulu pun boleh. Kedai ni betul-betul tepi jalan. Tapi kene hati-hati sebab selalu terlepas. Haha

Kedai ni dibuka tengahari hingga jam 5.30 petang

Kedai makan ni bukan macam restoran pun. Nak kata warung pun bukan. Tapi macam kedai makan aja lah. Open air. Takde air cond ye. Ambil angin suasana kampung. Syok layan pedas sambil ditiup angin sepoi-sepoi. Eh!


Style makan kat sikit self service. Nak lauk apa pergi senduk sendiri nak berapa banyak asal bayar. Haha. Jom layan lauk yang kitorang ambil. 

Rendang itik salai dengan daun maman. Sedap gila!

Masak lomak cili api daging salai

Masak lomak cili api terung
Tudia. Minum pulak dengan air kelapa. Layan

Kat sini pun ada masak lemak ikan keli salai. Tapi, waktu ni dah habis. Kedai ni memang ramai orang datang lagi-lagi musim cuti sekolah. Berebut nak rendang itik tu. Dulu, hakak sejenis tak minat salai-salai ni sebab makan rasa asap. Tapi, bila makan kat kedai ni tak rasa kot asap tu. 

Okaylah. Selamat menelan air liur ye. Yang mana mengidam tu cepat-cepat ajak husband pergi makan. Alamat? Waze kan hado. Alah, dokek yo! :)



Mr. Manshor Kopitiam Power

Assalamualaikum, 

Asal hujung minggu je berjalan. Haha release tension (kononnya). Padahal memang suka berjalan. So, baru-baru ni hakak dan family ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pelan asal nak pekena masak lomak cili api itik, daging, ayam, dan ikan keli salai sahaja. Tiba-tiba ayah sebut pasal kedai kopi ni. Dan tiba-tiba pulak hakak teringin. Hahaha

Selepas perut kenyang makan masak lomak cili api podeh menangih tapi sodap! (Entry masak lomak cili api kedai favourite ni nanti hakak update ye) Kami pun minum-minum petang di Mr. Manshor Kopitiam Power.

Sampai-sampai je terbaca tagline diorang. Haha

'Kopi yang paling sedap dan paling mahal di dunia boleh didapati di sini. Harga di hotel 5 bintang RM 300.00 secawan, di restoran mahal RM 60.00 secawan. Harga kami cuma...'

Gituuuu... saspens jugak bila nampak harga RM300 tu kan. Bila baca betul-betul barulah faham. Okay bolehlah order. 

Jenis kopi dan senarai harga.
Disebabkan ada bermacam-macam jenis kopi dan coklat. So, kami tanya jelah adik yang ambil order tu yang mana dia suggestkan. So, dia suggestkan kopi power. 

Kopi power

Padu beb! bak kata vitdaily. Haha Tapi, serius memang sedap. Kaww baik punya. Hakak yang jarang minum kopi ni pun dapat merasakan kesedapannya. Cehhhwahhh!

Walid Koko Ais & Kopi Badam

Hakak order yang sejuk (Walid Koko) sedap. Ayah hakak order Kopi Badam. Pon sedap. Kopi Badam ni dia rasa lemak-lemak sikit kata ayah hakak la. So sebab tu harga dia mahal sikit. 

Omak hakak order Kopi Power
Kat sini pun ada jual makanan jugak. Ada tengok orang tu makan roti cicah sup kambing panas-panas perghhhh. Tapi apakan daya perut tengah kenyang so datang minum jelah. Lain kali nak datang dan cuba. Kat sini memang ada disediakan roti untuk makan bersama air kopi. 

Tu rotinya. Suka ko ye dik. 

Apa lagi, pergilah cuba. Bagi hakak sedaplah. Tak rugi kalau cuba. Okay Babai :)



Nov 10, 2017

Tempat Makan Terbaik di Johor Bahru

Assalamualaikum, 

Baru-baru ni hakak balik Johor. Balik kampung tapi tido hotel di Bandaraya Johor. Camne tu? Haha Saja-saja bawak mak ayah jenjalan. Kami ni nama aja orang Johor tapi tak pernah berjalan di JB. Sejak kahwin barulah dapat tengok JB tu. Haha

Hakak ada pergi dua tempat makan yang hakak dan family rasa sedap kat JB ni. Kat KL takde belum pernah jumpa. Jom layan.


Tengok papan tanda pun dah sedap
Dah lama teringin nak makan. So En.Shuben gigih jugak cari. Kami sampai kat sana dalam jam 12 tengahari. Layanan yang diberikan oleh adik tauke terbaik. 

Ada macam-macam jenis murtabak. Yang ini kami order. Terbaik👍
Murtabak Ayam Cheese

Murtabak Daging Cheese

Dua-dua sedap! Pemurah betul dia bagi cheese. Bagi penggemar cheese memang layanla. Ada disediakan sekali sos cili dan kuah kari. 

Senarai menu dan harga

Pada sebelah malamnya pulak kami ke kedai makan ni. Lokasinya agak tersorok. Kedai makannya pun mcam tangkap muat aja. Konsep asal boleh. Tapi makanan sedap.👍



Mee rebus tulang

Sup tulang
Dah nama pon kedai Sup Tulang kan..rugilah tak cuba hidangan utamanya. Dua-dua hidangan terbaik. Untuk penutup kita layan gambar jantung hati mama. 


Nyawa Mama Dunia Akhirat

Nov 9, 2017

Short Gateway di Genting Highlands

 Assalamualaikum, 

Ya Ampun, rindunya nak menghapdet! Hakak busy sikit plus ada problem dengan PC. Nak bukak blog terchenta tak boleh. Tapi harini Alhamdulillah semua dah okay. So, kena Qada' la post review hari ni. 

Walaupun bulan lepas punya cerita, hakak nak hapdet jugak. Hari Sabtu , kebetulan Encik Shuben hakak cuti. Jadi, kami plan ke Genting Highland. Hakak selalu dah naik Genting ni dengan family. Tapi kali ni kami decide nak naik kereta kabel. 

Bila baca review blogger lain, ramai yang cadangkan naik pagi supaya tidak beratur panjang sewaktu nak beli tiket kereta kabel. Tapi, En. Shuben tak mahu pulak. Katanya tak mahu rushing dan nak santai mak limah je haritu. Hakak ikut jelah. Sebelum bertolak kami makan di Gombak dan sampai atas dalam pukul 1 lebih. Tengahari kan, tak rasalah sejuknya. 

Sewaktu nak beli tiket pekerja kaunter tiket tu suruh kami beli di Kios Tiket Layan Diri. Masa ni takde lah ramai sangat sangat. 


Kios Tiket Layan Diri


Ini harga tiket. Sorrylah senget sikit. Rushing sikit ambil gambar waktu ni. Kami beli tiket Standard Gondola RM16: Return. Manja FREE. Senang beli sekali untuk return, nanti balik tak payah beratur lagi. 

Jom layan gambar. 

Ala-ala balai berlepaslah ni. Standard Gondola Lane C ya. 
Beratur. 1 Gondola campur-campur ikut muat.



Tinggi kan. Tapi manja steady je. Hehe Waktu naik tak rasa gayat. Waktu turun baru terasa tingginya. Dah turun kereta kabel tu kami ke Sky Avenue. Shopping mall baru kat Genting yang besar dan cantik sangat. 

Good girl mama. Well behave. 

Yeay! One happy family.

Sep 12, 2017

Lirik lagu Menanti Janji by Ronnie Hussein

Assalamualaikum,

Menanti Janji

Telah lama kurasa sebegini,
Meniti masa silih berganti,
Kuharapkan engkau datang kepadaku,
Walau sekadar mimpi.

Ku cuba untuk mengejar kamu,
Makin kugenggam ia terlerai,
Sedari diri kian menjauh,
Jauh terpisah dari diri kamu.

Biar hatiku menanti,
Biarku terus menunggu,
Di dalam kegelapan hariku,
Tanpa cinta kamu,
Biar jiwa terus mati,
Menanti janji kamu,
Biar aku jadi penunggu.

Ku cuba untuk mengejar kamu,
Makin kugenggam ia terlerai,
Sedari diri kian menjauh,
Jauh terpisah dari diri kamu.

Biar hatiku menanti,
Biarku terus menunggu,
Di dalam kegelapan hariku,
Tanpa cinta kamu,
Biar jiwa terus mati,
Menanti janji kamu,
Biar aku jadi penunggu.
(Ulang)

☺ Maaflah terjiwang karat pulak. Lately hakak rasa sedih. Hati rasa kosong. Masa tengah taip ni pun rasa nak menitis air mata. Apa akal je kat office. Haha Sabar dan terus sabar. Moga Allah beri jalan. Moga Allah tamatkan segala kepedihan ini. Moga semuanya seperti sedia kala. Hakak kena kuat demi Manja. Kesian manja. Dialah insan yg akan sambut hakak dengan senyuman walau apa pun yg berlaku. Dialah yg akan peluk dan cium hakak waktu hakak sedang menangis. Biarlah apa orang lain nak judge hakak. Biarlah. Hakak redha. Demi Allah yg Mengetahui Segalanya. Manusia, selagi dia belum mengalami, dia takkan faham. 😐😌😔

Aug 28, 2017

Farm in the City

Assalamualaikum,

Rasa macam dah lama tak update. Rindu 😍

Weekend baru-baru ni kami bawa Si Manja ke Farm in the City. Wohoo!

Entrance

Sebenarnya dah lama nak pergi. Bila fikir-fikir balik manja kecik lagi. Sekarang rasanya dah boleh bawa. Btw, manja now dah 1Y8M.

Kami sampai jam 3ptg. Saja tak nak pergi pagi or tengahari. Alhamdulillah cuaca time tu redup je.

Okay, di sini ada sedikit info untuk parents yang nak bawa anak-anak ke sini.

Harga tiket
Harga pakej



Peta (akan diberi)

Gelang (diberi di kaunter)

Untuk kanak-kanak bawah 10cm free. Kat dalam ni ikut saja arahan staff FITC. Mereka semua sedia membantu termasuklah untuk ambilkan gambar. hehe Manja free so dia tak dapat gelamg tu.

FITC ni memang sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak kenal dunia. Kebanyakan haiwan kat sini jinak. Pengunjung dibenarkan sentuh dan bagi makan. Kami pon excited sekali. Haha.

Nah hakak velanja gambar sikit ea...

Berani dalam takut. First time tengok Arnab. Excited manja dapat jumpa kokok (ayam). Lagi2 ayam berjambul. Tak snap pulak gambar tu.

Yang ini tak ingat nama apa

Burung ni pandai buat ✌
Hakak is geli plus takut haha

Dipicitnya paruh anak ayam tu 😅
Ada tasik. Ada ikan, itik, burung
Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi, ada 1 kenangan tak boleh lupa. Seronok sangat bagi makan kat burung-burung kat situ. Tiba-tiba kena 'bom' (taik burung). 😅

Jun 12, 2017

Rezeki Birthday Boy

Assalamualaikum,

Hari lahir En. Suami tahun ni jatuh pada awal puasa. So, ada surprise untuk dia.

Ceritanya begini (cehhh), sebelum Ramadan hakak ada masuk 1 contest ni (anjuran Redmummy dan BGR). Hadiahnya voucher percuma berbuka puasa di Bangi Golf Resort.

Dan alhamdulillah, rezeki sangat untuk birthday boy tu! Walaupun hakak dapat tahu keputusan yang hakak menang tu waktu jaga si manja dalam wad. (Disebalik kedukaan ada kegembiraan). Alhamdulillah sangat2.

But, on his birthday baru hakak bagitau surprise ni. Hehe (kita yang debar tau)

Ceria je muka birthday boy tu! Hehe

Makanan kat sini sangat banyak pilihan. Sampaikan hakak tak makan nasiklah. Haha banyak jenis minuman. Dan harga berbaloi. En. Suami favourite dishes kat sini kambing bakar. Seyes memang sedap tak rugi beratur. Btw, manja punya makanan pun ada okay! So takde lah anak2 nganga je tengok mak ayah makan. 

Bila dah booking, meja ada nama dan tak berkongsi dengan orang lain.

Bab parking, meja, surau dan lain2 memang tak payah risau. Tempat yang selesa. Insyaallah ada rezeki next year nak bawak mama and ayah pulak kat sini. 


So, overall hakak dan birthday boy puas hati dengan makanan, layanan dan servis kat sini. Insyaallah panjang umur murah rezeki kitorg repeat lagi. 

Salam Ramadan ♡

Jun 4, 2017

Resepi Spagethi Carbonara

Assalamualaikum,

Kita nak share resepi yang mudah, cepat dan senang.

Bahan-bahannya

Bahan-bahan:

Satu labu bawang Holand (bawang besar pon boleh)
3 ulas bawang putih
Kiub pati ayam
Serbuk lada hitam
Oregano
Minyak zaitun (minyak biasa pun boleh)
Daging cincang (ayam pun boleh)
Cendawan butang
Sausage
Prego carbonara & cheese
Susu (tak letak pun)

Cara memasak:
Tumis bawang merah bawang putih
Masukkan kiub ayam, lada hitam (ikut rasa)
Masukkan daging cincang, sausage
Tuangkan satu tin carbonara..kalau pekat tambah air sikit
Biarkan menggelegak kemudian masukkan cendawan butang
Akhir sekali taburkan oregano
Siap!

Haaa tapi jangan lupa sesambil tu rebus la spagethi tu. Kalau kita letak minyak dan garam sikit.


Okay selamat mencuba!



Mar 9, 2017

Klinik Kanak-kanak

Assalamualaikum, 

Entri kali ni hakak nak cerita tentang klinik kanak-kanak. Beberapa hari kebelakangan ni, Si Manja demam, selsema dan batuk. Haaa pakej! Dan kami bawak dia ke klinik yang selalu kami pergi kalau manja tak sihat. 


Klinik ni terletak di Wangsa Maju berdekatan dengan Alpha Angle. Sebaris dengan BSN dan berdekatan dengan kedai-kedai accessories kereta.

Setakat ni, klinik ni memang menjadi pilihan ibu bapa. Doktor kat sini akan bagi penerangan dengan jelas (walaupun anak kau kena ruam je > hakak ler tu risau lebih) Hahaha. Bukan apa, kita sebagai ibu bapa nak ler tau apa masalah yang anak kita hadapi. Apa penyelesaiannya. 

Bukan macam sesetengah klinik, kadang2 sentuh kita pon tak. (Mesti korang pernah kena kannnn) Layanan? Memang ok sangat2. Dari kaunter sampai ke doktor. Semua mesra. 


Selain Dr. Nadir, ada juga doktor lain. Tapi, hakak musykil. Tak pernah pulak jumpa doktor perempuan kat klinik ni. Semua lelaki rasanya. Yang menjaga di kaunter tu perempuan. 

Waktu usia manja 6 bulan camtu, kami bawak ke klinik ni untuk buat rawatan Nebulizer dan sedut kahak. Kalau ada anak yang tak boleh nak buang kahak tu terutamanya bayi bawaklah datang sini. Tapi ibu kena tabah lah ye. (hakak tak kuat!)

Mula-mula doktor akan suruh ibu buat nebulizer kat bayi. Nebulizer ni untuk mencairkan kahak supaya senang nak sedut nanti. Kemudian, dalam 15 minit camtu, doktor akan bedung bayi untuk mengelakkan bayi bergerak-gerak waktu proses sedut kahak. Huhu

Lepas tu, haaa part ni hakak tak tahan. Tu yang sekali tu je buat. Kesian manja. Melalak lah dia. Tapi memang keluar banyaklah kahak dan hingus semua. Balik tu manja macam fobia. Nasib baik dia tak fobia gi klinik hahaha. 

Sedikit perkongsian daripada hakak. Alamat dan nombor telefon disediakan di bawah. 

  • Alamat:  46, Jalan 2a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • No. Telefon: 03-414201614
  • Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (9 am - 10 pm), Ahad (9am - 1pm)

Feb 19, 2017

Kuih Keria Antarabangsa & Coconut Shake Klebang

Assalamualaikum, 


Baru-baru ni hakak ke Melaka lagiiiii sebab ada kenduri kahwin di Jasin. Kali ni hakak pegi dengan family hakak. Shuben kerjaaaaaa. Kesian dia. 

Jadi lepas kenduri tu, kami ke Kuih Keria Antarabangsa. Disebabkan sebelum ni hakak takde rezeki, so kali ni gigih jugak pergi cari. Hehehe Alhamdulillah traffic sangat clear. Rasanya sebab tengah bulan. Orang tak ramai la pergi Melaka. Lebih kurang jam 4 petang kami pun sampai. 


Parking seberang jalan pon boleh

Adik hakak yang bongsu sorang je pi beratur. Hakak pangku manja tidur. Mak ayah pun tunggu dalam kereta. Sementara tunggu kuih keria, ayah hakak pi beli kuih popia seberang jalan je dengan kedai yang femes tu. Sedap! 5 ketul rm3. tapi kontot2 aje lah. 



ZzzzzzzzZZzzz

Sejam kemudian, Haaaaaa jangan tak tau, nampak je tak ramai orang tapi beratur sejam weh. Untuk pengetahuan, seorang limit beli RM6 = 10 ketul sahaja. Ok. Patutlah hakak tengok ada yang bawak geng dan beli setiap sorang satu bungkus. Tak pelah kan, janji merasa. Jangan tamak hokey!


Merasa

Abaikan tangan gemuks tu ye. Hehe
Bagi hakak sedap! Sebab hakak tak pernah lagi makan kuih keria dengan gula Melaka. Dalam dia lembut je. Kalau kuih keria biasakan ada macam urat-urat dan gula berketul-ketul kan. Yang ini tak. Diorang yang lain cakap 'biasa je' tapi hakak tengok ngup ngap ngup ngap jugekkk...hahaha.

Next, kami ke Coconut Shake Klebang. Hakak dah merasa haritu. Kali ni, nak bawak family hakak merasa pulak. 


Beratur kali ni tak la lama macam sebelum ni. 
Memula kata nak beli 2 cawan je. Tetiba beli 3. Tamakss tau. Hehehe Tak baik tamak. Nak ke Coconut Shake Klebang ni senang je. Satu jalan dengan kuih keria tadi. Terus ke depan menuju Pantai Klebang. Kedainya di sebelah kanan. Kalau nak bungkus kedainya kat depan jalan, kalau nak minum duduk santai2 masuk lorong kedai ni. Tempat parking semua ada. 


Nyummmmy!
Last sebelum balik KL, kami ke Pantai Klebang. Terus je dari kedai coconut shake tadi. Sebenarnya ramai je orang jual coconut shake tepi2 jalan tu. Tapi bagi hakak yang ni sedap sebab tak berapa manis, tak muak, n ais krim byk. Hehe

Feb 16, 2017

Sakit gigi

Assalamualaikum, 

Rindu hakak nak bersiaran. Minggu ni Allah duga dengan sakit gigi. Mulanya Isnin malam hakak dah rasa susah nak telan air. Selasa pagi haaaaaaa bengkak gusi hakak rupanya. Apalagi, hakak pergi klinik lah utk MC. Nak bukak mulut pun sakit. Seksanyaaa...

Pagi tu, Shuben hakak bawak ke Sri Hartamas, Damansara (penel office hakak). Doc kata ada jangkitan kuman sebab tu membengkak. And doc suggest if tak okay jugak kene pergi dentist. 

What?? Dentist?? Kali terakhir hakak jumpa dentist 17 tahun dulu. Itu pun bukan main melalak kat depan klinik tu hahahahaha. Then hari Rabu, hakak pergi kerja macam biasa. Bengkak belum surut lagi. Petang tu, hakak rasa dah sakit sampai ke kepala. Badan dah panas. Call Shuben. Dia terus buat appointment dengan klinik gigi. 

Punyalah berdebar hakak. Hahaha Hakak ni penakut sikit kalau dengar hospital ke, klinik gigi ke. Lagi kalau operate2 ni...Berdebar je...hehehe Jadi, malam tu kami ke Klinik Gigi di Ampang. 



Doc kata gigi atas hakak tumbuh lebih. Yang last sekali tumbuhnya senget. Jadi, gigi tu berlanggar dengan gusi yang bawah (gusi yang bengkak). Katanya kene cabut gigi yang last tu. Huhu Takut hakak! 

Disebabkan gusi hakak bengkak lagi, doc cadangkan buat scalling dulu. Then, kalau bengkak dah surut baru boleh cabut. Dan, mulalah sesi scaling teeth atau membersihkan karang pada gigi. Sakit tu tidaklah. Tapi nyilu bila mesin tu korek2 gigi. hahaha Doc siap tanya dah berapa lama tak buat scalling sbb byk karang. Hakak jawab dalam hati jelaaa "Tak pernah buat, doktor". 

Macam nilah alat yang digunakan untuk cungkil karang tu keluar. 

Waktu nurse dan doc ni buat kerja mereka. Si manja dah melalak-lalak nak pergi kat hakak. Risau dia doc tu buat pape kat mama dia. Hehe so sweet la manja. 

Bila dah selesai, kene kumur, dan kau akan dapat tengok karang2 (di lautan..eh!) haha dan banyakla darah dari mulut. Kemudian, akan rasa tak selesa sebab gigi macam kasar2. Ambil masa 2-3 harilah nak selesakan mulut. Sayang nak makan. 

Scaling gigi ni seelok-eloknya dilakukan 6 bulan sekali. Doc ada bagi alat macam nak putihkan gigi tu. Tapi, kawan hakak kata nanti akan menipiskan gigi. Betul ke?