Selamat Tahun Baru! Belum terlambat lagi kan. Masih Januari. Hehehe Semoga tahun ini segala perancangan dan ketetapan lebih baik.
Penghujung 2017, kami sekeluarga pergi makan-makan sambil sambut hari jadi Manja. Yeay! Manja dah dua tahun. Kejap je rasa. Semoga Hanania Faiha Afeeqa menjadi anak yang solehah, anak yang lembut hati, dan berjaya di dunia dan akhirat.
Tahun ini pun hakak tak sempat nak buat preparation untuk celebrate birthday Manja. Firstly sebab mama hakak pergi umrah. Jadi, nak buat preparation pon hati tak senang fikirkan emak nun jauh di tanah suci. Jadi, we decide untuk tunggu semua ada then we celebrate. Ala, takde yang special pun. Just nak kumpulkan family hakak dan in laws and makan semeja.
![]() |
| Lunch plus birthday celebration |
Tengok macam sikit kan. Tapi hakak tak dapat pon nak merasa semua makanan tu. Lauk-pauk dia yaa ampun banyak dan sedap-sedap. Masa yang ditetapkan dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang. So, makan boleh santai-santai.
Bayaran yang dikenakan pun masih lingkungan mampu milik (bagi hakak la). Untuk dewasa dikenakan bayaran RM35 seorang.
![]() |
| Bride of the day! Eh?? Haha |
Dah besar ni pandai nak melawa. Nak pakai cermin mata gelap, bedak muka, lipstcik (of course Mama punya). Haha Janji awak bahagia nak. Tahun ni ada improvement sikit. Potong kek tak nangis. Cuma, still mahu berdukung. Maybe she still takut dengan api lilin tu.
![]() |
| Kek simple. Tak sempat nak tempah. |
![]() |
| Hajat kami suami isteri nak bawak semua ni bercuti sama-sama belum termakbul lagi. Insyaallah satu hari nanti. |
Jadi, inilah sambutan hari jadi untuk manja kami yang kedua tahun. Simple aja. Janji hasrat tercapai. Lepas makan boleh pergi main basikal kat tepi tasik atau naik helikopter. Bayaran untuk itu hakak tak tau. Hahaha
Di bawah ni hakak ada sediakan sedikit maklumat untuk hubungi mereka.
Alamat:
Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:
7 Pagi hingga 10.30 malam
No. Telefon:
03-4021 0098



