Dec 12, 2017

Masakan Masak Lomak Cili Api Terbaik di Negeri Sembilan

Assalamualaikum, 

Entry kali ini kita akan terjah daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Nak terjah buat apa? Nak cari masak lomak cili api terrrrbaik. hahaha

Sebenarnya kedai ni diperkenalkan oleh ayah hakak. Dia yang recomend dan bawak hakak makan. Tak silap hakak kedai ni pernah masuk dalam TV. Tajuk dia maaf tak hengat. Tapi, yang makan waktu tu Sari Yanti. Dio kan orang Pilah. Haha

Perjalanan dari Selangor ke Kuala Pilah dalam masa sejam lebih kot. Kalau ikut Lekas, lekas jugakla sampai tapi banyak sangat tol. Yeah! I mean it. Banyaaaak. Satu hala dah RM 18 camtu (Anggaran tak tepat). Tapi rasanya ada laluan lain. Hakak tak mahir bab-bab ni. 

Nak ke kedai ni kita akan melepasi kawasan rekreasi Air Terjun Ulu Bendul. Nak singgah mandi manda dulu pun boleh. Kedai ni betul-betul tepi jalan. Tapi kene hati-hati sebab selalu terlepas. Haha

Kedai ni dibuka tengahari hingga jam 5.30 petang

Kedai makan ni bukan macam restoran pun. Nak kata warung pun bukan. Tapi macam kedai makan aja lah. Open air. Takde air cond ye. Ambil angin suasana kampung. Syok layan pedas sambil ditiup angin sepoi-sepoi. Eh!


Style makan kat sikit self service. Nak lauk apa pergi senduk sendiri nak berapa banyak asal bayar. Haha. Jom layan lauk yang kitorang ambil. 

Rendang itik salai dengan daun maman. Sedap gila!

Masak lomak cili api daging salai

Masak lomak cili api terung
Tudia. Minum pulak dengan air kelapa. Layan

Kat sini pun ada masak lemak ikan keli salai. Tapi, waktu ni dah habis. Kedai ni memang ramai orang datang lagi-lagi musim cuti sekolah. Berebut nak rendang itik tu. Dulu, hakak sejenis tak minat salai-salai ni sebab makan rasa asap. Tapi, bila makan kat kedai ni tak rasa kot asap tu. 

Okaylah. Selamat menelan air liur ye. Yang mana mengidam tu cepat-cepat ajak husband pergi makan. Alamat? Waze kan hado. Alah, dokek yo! :)



Mr. Manshor Kopitiam Power

Assalamualaikum, 

Asal hujung minggu je berjalan. Haha release tension (kononnya). Padahal memang suka berjalan. So, baru-baru ni hakak dan family ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pelan asal nak pekena masak lomak cili api itik, daging, ayam, dan ikan keli salai sahaja. Tiba-tiba ayah sebut pasal kedai kopi ni. Dan tiba-tiba pulak hakak teringin. Hahaha

Selepas perut kenyang makan masak lomak cili api podeh menangih tapi sodap! (Entry masak lomak cili api kedai favourite ni nanti hakak update ye) Kami pun minum-minum petang di Mr. Manshor Kopitiam Power.

Sampai-sampai je terbaca tagline diorang. Haha

'Kopi yang paling sedap dan paling mahal di dunia boleh didapati di sini. Harga di hotel 5 bintang RM 300.00 secawan, di restoran mahal RM 60.00 secawan. Harga kami cuma...'

Gituuuu... saspens jugak bila nampak harga RM300 tu kan. Bila baca betul-betul barulah faham. Okay bolehlah order. 

Jenis kopi dan senarai harga.
Disebabkan ada bermacam-macam jenis kopi dan coklat. So, kami tanya jelah adik yang ambil order tu yang mana dia suggestkan. So, dia suggestkan kopi power. 

Kopi power

Padu beb! bak kata vitdaily. Haha Tapi, serius memang sedap. Kaww baik punya. Hakak yang jarang minum kopi ni pun dapat merasakan kesedapannya. Cehhhwahhh!

Walid Koko Ais & Kopi Badam

Hakak order yang sejuk (Walid Koko) sedap. Ayah hakak order Kopi Badam. Pon sedap. Kopi Badam ni dia rasa lemak-lemak sikit kata ayah hakak la. So sebab tu harga dia mahal sikit. 

Omak hakak order Kopi Power
Kat sini pun ada jual makanan jugak. Ada tengok orang tu makan roti cicah sup kambing panas-panas perghhhh. Tapi apakan daya perut tengah kenyang so datang minum jelah. Lain kali nak datang dan cuba. Kat sini memang ada disediakan roti untuk makan bersama air kopi. 

Tu rotinya. Suka ko ye dik. 

Apa lagi, pergilah cuba. Bagi hakak sedaplah. Tak rugi kalau cuba. Okay Babai :)