Entri kali ni hakak nak cerita tentang klinik kanak-kanak. Beberapa hari kebelakangan ni, Si Manja demam, selsema dan batuk. Haaa pakej! Dan kami bawak dia ke klinik yang selalu kami pergi kalau manja tak sihat.
Klinik ni terletak di Wangsa Maju berdekatan dengan Alpha Angle. Sebaris dengan BSN dan berdekatan dengan kedai-kedai accessories kereta.
Setakat ni, klinik ni memang menjadi pilihan ibu bapa. Doktor kat sini akan bagi penerangan dengan jelas (walaupun anak kau kena ruam je > hakak ler tu risau lebih) Hahaha. Bukan apa, kita sebagai ibu bapa nak ler tau apa masalah yang anak kita hadapi. Apa penyelesaiannya.
Bukan macam sesetengah klinik, kadang2 sentuh kita pon tak. (Mesti korang pernah kena kannnn) Layanan? Memang ok sangat2. Dari kaunter sampai ke doktor. Semua mesra.
Selain Dr. Nadir, ada juga doktor lain. Tapi, hakak musykil. Tak pernah pulak jumpa doktor perempuan kat klinik ni. Semua lelaki rasanya. Yang menjaga di kaunter tu perempuan.
Waktu usia manja 6 bulan camtu, kami bawak ke klinik ni untuk buat rawatan Nebulizer dan sedut kahak. Kalau ada anak yang tak boleh nak buang kahak tu terutamanya bayi bawaklah datang sini. Tapi ibu kena tabah lah ye. (hakak tak kuat!)
Mula-mula doktor akan suruh ibu buat nebulizer kat bayi. Nebulizer ni untuk mencairkan kahak supaya senang nak sedut nanti. Kemudian, dalam 15 minit camtu, doktor akan bedung bayi untuk mengelakkan bayi bergerak-gerak waktu proses sedut kahak. Huhu
Lepas tu, haaa part ni hakak tak tahan. Tu yang sekali tu je buat. Kesian manja. Melalak lah dia. Tapi memang keluar banyaklah kahak dan hingus semua. Balik tu manja macam fobia. Nasib baik dia tak fobia gi klinik hahaha.
Sedikit perkongsian daripada hakak. Alamat dan nombor telefon disediakan di bawah.
- Alamat: 46, Jalan 2a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
- No. Telefon: 03-414201614
- Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (9 am - 10 pm), Ahad (9am - 1pm)

