Feb 19, 2017

Kuih Keria Antarabangsa & Coconut Shake Klebang

Assalamualaikum, 


Baru-baru ni hakak ke Melaka lagiiiii sebab ada kenduri kahwin di Jasin. Kali ni hakak pegi dengan family hakak. Shuben kerjaaaaaa. Kesian dia. 

Jadi lepas kenduri tu, kami ke Kuih Keria Antarabangsa. Disebabkan sebelum ni hakak takde rezeki, so kali ni gigih jugak pergi cari. Hehehe Alhamdulillah traffic sangat clear. Rasanya sebab tengah bulan. Orang tak ramai la pergi Melaka. Lebih kurang jam 4 petang kami pun sampai. 


Parking seberang jalan pon boleh

Adik hakak yang bongsu sorang je pi beratur. Hakak pangku manja tidur. Mak ayah pun tunggu dalam kereta. Sementara tunggu kuih keria, ayah hakak pi beli kuih popia seberang jalan je dengan kedai yang femes tu. Sedap! 5 ketul rm3. tapi kontot2 aje lah. 



ZzzzzzzzZZzzz

Sejam kemudian, Haaaaaa jangan tak tau, nampak je tak ramai orang tapi beratur sejam weh. Untuk pengetahuan, seorang limit beli RM6 = 10 ketul sahaja. Ok. Patutlah hakak tengok ada yang bawak geng dan beli setiap sorang satu bungkus. Tak pelah kan, janji merasa. Jangan tamak hokey!


Merasa

Abaikan tangan gemuks tu ye. Hehe
Bagi hakak sedap! Sebab hakak tak pernah lagi makan kuih keria dengan gula Melaka. Dalam dia lembut je. Kalau kuih keria biasakan ada macam urat-urat dan gula berketul-ketul kan. Yang ini tak. Diorang yang lain cakap 'biasa je' tapi hakak tengok ngup ngap ngup ngap jugekkk...hahaha.

Next, kami ke Coconut Shake Klebang. Hakak dah merasa haritu. Kali ni, nak bawak family hakak merasa pulak. 


Beratur kali ni tak la lama macam sebelum ni. 
Memula kata nak beli 2 cawan je. Tetiba beli 3. Tamakss tau. Hehehe Tak baik tamak. Nak ke Coconut Shake Klebang ni senang je. Satu jalan dengan kuih keria tadi. Terus ke depan menuju Pantai Klebang. Kedainya di sebelah kanan. Kalau nak bungkus kedainya kat depan jalan, kalau nak minum duduk santai2 masuk lorong kedai ni. Tempat parking semua ada. 


Nyummmmy!
Last sebelum balik KL, kami ke Pantai Klebang. Terus je dari kedai coconut shake tadi. Sebenarnya ramai je orang jual coconut shake tepi2 jalan tu. Tapi bagi hakak yang ni sedap sebab tak berapa manis, tak muak, n ais krim byk. Hehe

Feb 16, 2017

Sakit gigi

Assalamualaikum, 

Rindu hakak nak bersiaran. Minggu ni Allah duga dengan sakit gigi. Mulanya Isnin malam hakak dah rasa susah nak telan air. Selasa pagi haaaaaaa bengkak gusi hakak rupanya. Apalagi, hakak pergi klinik lah utk MC. Nak bukak mulut pun sakit. Seksanyaaa...

Pagi tu, Shuben hakak bawak ke Sri Hartamas, Damansara (penel office hakak). Doc kata ada jangkitan kuman sebab tu membengkak. And doc suggest if tak okay jugak kene pergi dentist. 

What?? Dentist?? Kali terakhir hakak jumpa dentist 17 tahun dulu. Itu pun bukan main melalak kat depan klinik tu hahahahaha. Then hari Rabu, hakak pergi kerja macam biasa. Bengkak belum surut lagi. Petang tu, hakak rasa dah sakit sampai ke kepala. Badan dah panas. Call Shuben. Dia terus buat appointment dengan klinik gigi. 

Punyalah berdebar hakak. Hahaha Hakak ni penakut sikit kalau dengar hospital ke, klinik gigi ke. Lagi kalau operate2 ni...Berdebar je...hehehe Jadi, malam tu kami ke Klinik Gigi di Ampang. 



Doc kata gigi atas hakak tumbuh lebih. Yang last sekali tumbuhnya senget. Jadi, gigi tu berlanggar dengan gusi yang bawah (gusi yang bengkak). Katanya kene cabut gigi yang last tu. Huhu Takut hakak! 

Disebabkan gusi hakak bengkak lagi, doc cadangkan buat scalling dulu. Then, kalau bengkak dah surut baru boleh cabut. Dan, mulalah sesi scaling teeth atau membersihkan karang pada gigi. Sakit tu tidaklah. Tapi nyilu bila mesin tu korek2 gigi. hahaha Doc siap tanya dah berapa lama tak buat scalling sbb byk karang. Hakak jawab dalam hati jelaaa "Tak pernah buat, doktor". 

Macam nilah alat yang digunakan untuk cungkil karang tu keluar. 

Waktu nurse dan doc ni buat kerja mereka. Si manja dah melalak-lalak nak pergi kat hakak. Risau dia doc tu buat pape kat mama dia. Hehe so sweet la manja. 

Bila dah selesai, kene kumur, dan kau akan dapat tengok karang2 (di lautan..eh!) haha dan banyakla darah dari mulut. Kemudian, akan rasa tak selesa sebab gigi macam kasar2. Ambil masa 2-3 harilah nak selesakan mulut. Sayang nak makan. 

Scaling gigi ni seelok-eloknya dilakukan 6 bulan sekali. Doc ada bagi alat macam nak putihkan gigi tu. Tapi, kawan hakak kata nanti akan menipiskan gigi. Betul ke? 


Feb 8, 2017

Bercuti ke Melaka (part 3)

Assalamualaikum,

Haaaa bila dah penat mandi kolam, memasing pun kebuluran. Next, kami nak isi perut dengan ikan bakar. Semua setuju nak makan ikan bakar di Umbai, iaitu Restoran Ikan Bakar Parameswara.


Yeayy! Dah sampai!
Rasanya dah lebih 5 tahun hakak tak sampai sini. Dulu lain tempatnya. Sekarang dah cantik sikit. Parking pun banyak. Saspens jugaklah jalan nak pergi ke parking tu. Hehehe


Tengok tu. Siap ada jambatan kayu. Boleh tangkap-tangkap gambar. Hakak tak pegi la sebab senja.
Urusan order-order ni hakak serahkan pada husband dan kawan-kawannya. Hakak boleh makan je pape pun (janji halalllll). 

Sementara menunggu hidangan, akan ada beberapa orang datang dari meja ke meja jual buah potong (dalam piring), rojak dan otak-otak. Mula-mula hakak ingat dah order. Hahaha Hakak pon ambek jela (buah). Takpe lah, pencuci mulut. 

Tak lama lepas tu, hidangan pun sampai (satu per satu). Jom tengok menu yang cik abang- cik abang tu order. Hehe


Siakap 3 rasa


Siakap stim


Kupang masak masam manis


Sayur kailan (buat ada)
Ada lagi, tomyam dan sotong celup tepung (Lembut dan rasa butter! Sedap seyh!). Tapi tak sempat nak ambek gambar. Hehe. Dengan nasi dan dua jug air buah (fresh oren & tembikai). Jumlah semua dalam RM190 bersamaan 6 orang makan. Mahal ke murah korang nilailah sendiri ye. Hakak tau makan je. Kikikiki. Overall makanan kat sini Okay la (3.5/5). Seperti biasa, tekak hakak rindukan masakan di Tanjung Harapan. Hehehe

Perut dah kenyang? Jom jalan-jalan Banda Hilir. Tak jauh pun rupanya. Hakak nak naik beca tapi rasa cam mahal (RM30). Jadi kami naiklah Taming Sari. Bestnyerrrrrr. Kenapalah selama ni tak naik. Seronok betul tengok pemandangan waktu malam. Harga tiket dewasa bagi pemegang Mykad dalam RM17. Nak merasa punya pasal.


Kami dah ada Manja, Pasangan kedua otw, pasangan ketiga tengah tunggu rezeki. Kita doakan ya!

Kemudian, jalan-jalanlah ke uptown di seberang jalan tu. Uptown biasalah, kat KL pun banyak kan. So, takde yang menarik minat hakak. Kitorang ke Jonker Walk then balik hotel. 


Esoknya, selepas bersarapan dan check out, kami ke Banda Hilir semula. Sebab ada yang nak beli velacannnnn (hakak ler tu). Sempat jugakla naik Melaka River Cruise. Untuk dewasa, harga tiket pemegang Mykad RM15.90. Yang lelain hakak tak perasan. Dah mahal. Dulu hakak naik RM10 aje. 


Penuh
Manja lelap aje. Syok kena angin Sungai Melaka agaknya. Hehehe. Perjalanan dalam 40 minit jugakla rasanya. Tapi hakak cadangkan naik malam. Baru syok tengok lampu-lampu. 

Terima kasih sudi singgah.☺

Feb 7, 2017

Bercuti ke Melaka (Part 2)

Assalamualaikum, 

Kisah jalan-jalan ke Melaka haritu belum habis lagi. Hehe Jadi, jommm sambung!

Selepas makan tengahari, kami check in dulu di hotel. Husband booked Hotel Avillion Legacy Melaka. Selepas selesai urusan di receptionist, kami pun dapatlah kunci bilik memasing. Yang tak syoknya, bilik kami jauh2 ada yang level lain. 

Hmm, nasib baik dah bayor (dalam RM200++), kalau tak hakak nak tido hotel lain dah. Binaan dalam dan luar memang cantik. Bilik pun besar. Cuma...


Gambar-gambar diambil dari Abe Google
Lobi. Hiasan syiling dia menawan. Tempat Si manja berjalan, berpusing, berlari Seronok betul dia!
Kolam renang di level 6. Besar dan bersih, tapi sempat mandi sekali je.
Lebih kurang camnilah bilik hakak. Besar tak? Bagi hakak besar dah ni. 

Cantikkan? Tapi, bila melangkah masuk je ke bilik tu jantung hakak seakan berhenti. Rasa tak boleh nak bernafas. Nervous aje. Sampai husband hakak perasanlah. Masuk-masuk hakak terus bukak ayat Quran. Surah Ruqyah, Surah Yassin. Siap minta izin, 'Kami nak tumpang satu malam ya, minta izin ya'. Haha (Bila nak balik pun cakap 'terima kasih bagi tumpang').

Haihhhh. Bilik cantik, katil tebal, TV dua, bilik air siap ada tab mandi. Tapi hati hakak tak sedap. Bukan apa, manja seorang anak yang boleh dikatakan 'sensitif'. Sewaktu hakak dalam pantang lagi dia dah 'dikacau'. Orang akan kata 'mungkin perasaan je'.

Jadi, bila naluri seorang ibu tu dah terdetik yang bukan-bukan, hakak jadi seram. Macam-doa la hakak baca. Hakak siap suruh husband tanya bilik lain, dan bilik sebelah n depan tu ada orang ke tidak. Budak recep tu pun pelik. Hotel ni suram aja. Lagi-lagi area bilik. 

Tapi, Alhamdulillah malam tu manja tido dengan aman. Nangis nak susu je. Alhamdulillah sangat!!

Jadi, lepas dah check, memasing dah tak zabarrrrrr nak terjun kolam. Yela, sekali sekala jumpa kolam renang kannnnn. Bapak-bapaknya yang lebih hahahaha.

Feb 5, 2017

Bercuti ke Melaka (Part 1)

Assalamualaikum, 

Selepas cuti raya cina, Hubby dan kawan-kawan officenya rancang nak bercuti di Melaka. Dah lama jugak hakak tak ke Melaka. Dulu, ada sepupu duduk di Taman Rembia, jadi selalulah ke Melaka. Dua tahun lepas, suaminya ditukarkan ke Puspakom Johor semula. 

Jarak KL ke Melaka hanya dalam sejam lebih (itu pun bawak santai-santai). Sebelum tu, kami singgah sarapan di RNR Seremban. Sampai-sampai saja di Melaka, kami terus menuju ke Banda Hilir. Nak makan asam pedas katanya. Hehe 


Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Haaa nampak, kat belakang tulah kedai asam pedas yang kami makan. Yang depan tu model bapa mithali. Manja ni kalau dah ngantuk tak kira kat mana dah. Hehehe Fengsannnn nak dukung! Kedai ni terletak di kawasan shoplot seberang dengan Taming Sari. Memang banyak kedai asam pedas area situ. Hakak terjah yang ini!

Kedai ni masyaallah raaamaaaaaiiii. Penuh! Dapat je tempat hakak pun duduk lerrr plus pangku manja tido. Shuben hakak ambil segala lauk-pauk yang dihajati. Hehehe



Gituuuuuu...nampak tamak tak?? Sekali-sekala... Bukan kami punya semua ni, ada lauk kawan-kawan yang lain. Ada macam-macam jenis lauk lagi. Masak lemak cili api udang galah, masak lemak cili api ketam dan asam pedas macam-macam jenis ikan. Lauk pun banyak pilihan. Ayam goreng dia sedap!


Asam pedas ikan pari 


Udang goreng (rindunya tomyam udang di Tanjung Harapan) T_T
Sotong masak kicap

Daging black pepper

Sayur kacang campur telur

Overall makanan kat sini bolehlah. Jangan maraa aaaaa, hakak bukanlah peminat asam pedas. Kebetulan malam sebelumnya tu, hakak dah pekena asam pedas udang dekat Fiske Steakhouse (kata tak minat kannnn Hahaha) yang bagi hakak lagi umphhhh! Lagi kaw! Ada pedas, kuah pekat. Hehe tu tekak hakak. Tapi servis kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni memang tiptop. Pantas je kemas meja, hantar lauk. Tu hakak suka tu!

Perut dah kenyang, kami pun ronda-ronda sekitar situ. Nak beli velacannnnnn! 

Feb 2, 2017

1st Birthday Celebration!

Assalamualaikum ✌, 

Tak sangka akan berblog semula. Insyaallah kali ini kita cuba istiqamah ya. Hehe 

Ini cerita akhir tahun 2016. Tapi, tak kiralah nak hapdet jugak. Sebenarnya, tak planning betul-betul pun nak sambut hari jadi manja. Last minit. Biasalah hakak memang suka benda last minit. Eh, maaf. Membebel pulak. So, kami memilih Restoran Rebung di Taman Botani Perdana untuk sambutan ulang tahun kelahiran pertama manja hakak. Macam tak betul jaaa ayat ni. Hmm..asal fahamlah ya. 

Ihsan dari Abe Google

Alhamdulillah tak salah pilih kedai. Decoration, makanan, dan layanan yang sangat memuaskan. Mula-mula tu dalam kepala hakak nak buat majlis hari jadi, siap nak panggil Upin Ipin lagi. Haha Bila fikir fikir dan fikir, rasa macam nak sambut dengan family saja pulak. Si manja confirm tak faham pun kannnn. So, kami-kami ajalah yang sambut. Hakak dan husband, birthday girl, family mertua dan family hakak. 

Tiga kuntum bunga

Empunya restoran pun kemain sporting. Datang bilik kami, borak-borak dan abadikan kenangan bersama. Sebenarnya, hakak booked satu bilik untuk kami berlapan. Bukan apa, manja tengah lasak. Baru dapat kaki. So, demi keselamatan manja dan keselesaan tetamu nak makan, baiklah duduk dalam bilik. Kannnnn. 

Maka, berjayalah menyambut hari lahir manja. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang Pertama, Manja! ❤❤❤ (Manja takde mood. Agaknya pelik tengok reramai ni kot. Haha)


Kek buah-buahan

Kek ni hakak beli dekat kedai kek Pistachio ajaaaaaa. Konon-konon survey la kek Upin Ipin. Last-last? Haha dah itu rezekinya. Tapi hakak puas hati sebab kek ni tak membazir. Habis licin time tu jugak. Alhamdulillah. 

Jadinya, hakak gembira sangat tengok ahli keluarga semua seronok, kenyang, dan selesa. Insyaallah kalau umur panjang kita gather2 lagi Okay? ❤